Tumpuan :
Politik

PRU-15: Hishammuddin Serah Kepada Pucuk Pimpinan BN Soal Calon Sembrong

KOTA KINABALU: Dengan pelbagai spekulasi terkait PRU15, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menaruh sepenuh keyakinan terhadap apa juga bakal diputuskan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).

“Bukan hak saya menentukan mana saya akan bertanding kerana yang lebih penting ialah melakukan persiapan.

“Mereka yang ada di Sembrong sudah tahu dan dididik sejak sekian lama untuk meneruskan gerak kerja sebelum penamaan calon.

“Siapa juga calon BN di kerusi yang saya sandang itu (Parlimen Sembrong), gerak kerja kita mesti berjalan.

“Saya serahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan BN sama ada saya bertanding semula pada PRU15 atau sebaliknya,” katanya pada sidang media di Dewan Kinabalu, Kem Lok Kawi, di sini, hari ini.

Hishammuddin yang juga Bendahari BN berkata, fokus paling utama ketika ini ialah memastikan jentera bersedia memenangkan calon BN di kerusi berkenaan. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini