Tumpuan :
Politik

PRU-15: Hanya surat kelulusan berunding – Tengku Zafrul

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

KUALA SELANGOR: Surat bertarikh 27 Oktober yang didedahkan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, semalam bukan persetujuan untuk menganugerahkan kontrak kepada sebuah syarikat.

Ia sebaliknya kelulusan untuk rundingan dibuat dengan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, selepas mendapat kelulusan secara dasar untuk berunding, KASA selaku kementerian bertanggungjawab masih perlu berunding dengan syarikat berkenaan dan akan mengesyorkan langkah seterusnya kepada Kementerian Kewangan.

“KASA akan membuat perbincangan tentang apa yang diperlukan dan pada masa sama akan membuat penilaian sama ada syarikat itu diluluskan atau tidak yang membabitkan tahap kewangan, teknikal dan sebagainya, sekurang-kurangnya mengambil masa dua hingga tiga bulan.

“Bagi saya, saya percaya ini adalah isu yang dipolitikkan kerana perkara itu clear (jelas), tiada surat setuju terima (LOA) dan surat niat (LOI) (diberikan). Hanya ada kelulusan untuk syarikat tersebut berunding dengan KASA,” katanya kepada pemberita, di sini malam tadi.

“Pergilah jumpa polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak-pihak yang berkuasa,” katanya.

Tengku Zafrul berkata, adalah lebih baik pemimpin membuat pengumuman apa yang mahu dibuat untuk pembangunan demi kebaikan rakyat.

“Itu yang rakyat nak dengar. Saya rasa dalam tempoh tiga hingga empat tahun ini, saya pun ramai kawan-kawan yang letih dengan politik dan ahli politik kerana terlalu banyak berpolitik,” katanya.

Semalam, Mohd Rafizi mendedahkan satu surat berkenaan projek naik taraf loji bagi kawasan tadahan pembetungan bernilai RM285 juta di Klang Selatan, bertarikh 27 Oktober.

Rafizi mendakwa projek itu diluluskan 17 hari selepas Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober.– BERNAMA

Loading...
Terkini