
KUALA TERENGGANU: Barisan Nasional (BN) negeri akan menampilkan antara 70-80 peratus muka baharu untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Ketua Penerangan UMNO negeri, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku, berkata semua senarai calon termasuk untuk bertanding di lapan kerusi parlimen sudah diserahkan kepada Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Said.
Senarai calon yang akan bertanding dipilih sendiri oleh ahli di peringkat akar umbi pada mesyuarat perwakilan cawangan.
“Kita dimaklumkan senarai calon sudah terutama yang akan bertanding di lapan kerusi parlimen diserahkan Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Kijal kepada Top Five.
“Setiap Ketua Bahagian UMNO diminta menyenaraikan enam calon untuk bertanding pada kerusi parlimen dan DUN,” katanya pada media sambil mengesahkan senarai calon sudah diserahkan kepada Ahmad. –BERITA HARIAN