Tumpuan :
Politik

PRU-15: Bila ada yang suka meniru, Tok Ben pilih hari terakhir kempen untuk lancar manifesto

Datuk Rozabil Abd Rahman ketika Majlis Ramah Mesra bersama penduduk Pauh

Oleh: Amira Suraini Che Mohamad

ARAU: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Arau, Datuk Rozabil Abd Rahman atau dikenali sebagai Tok Ben memilih hari terakhir berkempen untuk melancarkan manifestonya yang menekankan aspek ekonomi, pendidikan serta sosial kepada semua kaum.

Kelewatan itu katanya kerana beliau perlu mendengar permasalahan rakyat dari bawah sebelum merangka manifesto yang bertepatan untuk semua.

“Kerana selalu apa yang saya lancarkan, ada yang meniru jadi biarlah saya orang terakhir yang melancarkannya.

“Salah satu sebab kenapa saya lewat kerana saya nak dengar masalah rakyat dari bawah dan dari situ saya dapat keluarkan satu program yang dapat membantu mereka pada masa hadapan,” katanya.

Mengulas mengenai perbuatan khianat pihak tertentu yang merosakkan bendera serta posternya di sekitar Arau, Rozabil berkata satu laporan polis akan dilakukan esok.

“Selama 12 hari berkempen, alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik cuma ada banyak bendera, poster dan dibuang dan diconteng. Perkara ni tak sepatutnya berlaku tapi saya akan minta wakil untuk buat laporan esok ,” katanya selepas Majlis Ramah Mesra bersama masyarakat di Pauh, tadi.

Justeru, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan pengundi untuk memilih calon supaya ada perubahan di Arau.

Loading...
Terkini