comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15 : BERJASA Lantik Tiga Wajah Baharu

KUALA LUMPUR : Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) melantik tiga muka baharu dalam Jabatan Presiden parti berkenaan bagi memperkukuhkan gerak kerja dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

BERJASA dalam kenyataan hari ini memaklumkan jawatan Timbalan Presiden BERJASA disandang oleh Datuk Mohd Rosli Ramli yang merupakan bekas Pengerusi Yayasan Ikhlas, diikuti Dr Fadilah Ashari sebagai Ketua Wanita dan Zulkifli Yahya sebagai Setiausaha Agung.

Dalam masa sama, parti tersebut turut menampilkan dua wajah muda iaitu Ir Lukman Al-Hakim Muhammad dan Afif Badhrulhisham sebagai calon Naib Presiden.-BERNAMA

Loading...
Terkini