Tumpuan :
Politik

PRU-15: Bendera gergasi BN berkibar di DUN Mata Ayer

Oleh Amira Suraini Che Mohamad

PADANG BESAR: Memasuki hari kesepuluh berkempen, Dewan Undangan Negeri (DUN) Mata Ayer membuat kejutan dengan mengibarkan bendera gergasi Barisan Nasional (BN) bagi menarik sokongan pengundi di kawasan itu.

Calon Mata Ayer, Siti Berenee Yahaya berkata, bendera sepanjang 6 meter dengan lebar 4 meter itu dihasilkan daripada cantuman 25 bendera BN yang dijahit jenteranya.

“Ini merupakan insiatif JPKK (Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung) Kampung Pokok Sena untuk kita menaikkan semangat berkempen untuk BN.

“Penglibatan hari ini memang sangat-sangat menggalakkan, begitu ramai anak muda yang hadir dan semangat yang ditunjukkan mereka begitu membanggakan, insyaALLAH kita doa semangat ni sampai 19 hari bulan nanti,”katanya selepas menaikkan bendera Gergasi BN DUN Mata Ayer di Kampung Pokok Sena.

Sekumpulan 100 anak muda turut sama berkempen melalui Program Masuk ke Kampung.

Siti Berenee yang lebih dikenali dengan panggilan Kak Tie berkata, setakat ini lebih 60% penduduk DUN Mata Ayer telah disantuni .

Beliau berharap sokongan itu dapat diterjemahkan pada hari pengundian 19 November nanti.

Sementara itu, tinjauan Buletin TV3 di sekitar DUN Mata Ayer mendapati, suasana pilihan raya meriah dengan perang poster yang semakin banyak dipasang parti masing-masing. – BULETIN TV3

Loading...
Terkini