Tumpuan :
Politik

PRU-15: Anak Najib calon BN di Peramu Jaya

KUANTAN: Datuk Mohd Nizar Najib, anak sulung bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dinamakan calon taruhan Barisan Nasional (BN) bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Peramu Jaya pada Pilihan Raya Umum ke-15.

DUN Peramu Jaya, salah satu daripada DUN bawah parlimen Pekan yang disandang bapanya.

Pengumuman calon BN Pahang berlangsung di Kuantan turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

BN negeri itu menampilkan 64 peratus atau 27 muka baru bertanding merebut 42 kerusi DUN Pahang .

Lapan muka baharu lagi adalah daripada 14 calon Parlimen.

Daripada jumlah kerusi DUN itu, 34 kerusi ditandingi UMNO dan enam (MCA), manakala 11 kerusi UMNO dan tiga kerusi MCA di Parlimen.

Bagaimanapun, dua calon bagi kerusi Sabai dan Cheka tidak diumumkan hari ini.

Pengerusi BN Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail berkata, Mohd Nizar bertanding di kerusi DUN Peramu Jaya menggantikan penyandang kerusi sebelum ini, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali yang dipertaruhkan di kerusi Parlimen Pekan.

Wan Rosdy berkata pemilihan calon menggandingkan muka baharu, anak muda, wanita dan golongan profesional.

”30 peratus adalah calon muda berumur bawah 45 tahun bagi kerusi parlimen, 2 orang manakala bagi kerusi DUN, 15 orang calon atau 36 peratus di bawah usia 45 tahun. Kita yakin ini satu pengiktirafan oleh Barisan Nasional kepada anak muda untuk terlibat sekaligus menyumbang secara langsung kepada pentadbiran negeri Pahang dan masyarakat setempat”, katanya..

Wan Rosdy akan mempertahankan kerusi DUN Jelai.

Loading...
Terkini