IPOH: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-UMNO) mempertahan kerusi Parlimen Bagan Datuk dalam Pilihan Raya Umum Ke-15.
Penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk itu memperolehi majoriti tipis 348 undi .
Beliau mendapat 16,578 undi mengalahkan tiga calon parti lain, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-PKR) dengan 16,230 undi, Dr Muhammad Faiz Na’aman (PN-Bersatu) 8,822 dan Tawfik Tun Dr Ismail (Bebas) 226 undi.
Ahmad Zahid (BN-UMNO) menang kerusi itu pada pilihan raya lalu dengan majoriti, 5,073 undi.