
Oleh Mohd Ishak Abdillah Ngah / Ezzuan Ahmad
KEMAMAN: Seramai 600 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Kemaman hari ini menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO bahagian Kemaman, Datuk Seri Ahmad Said.
Kesemua mereka bertindak keluar dari parti tersebut kerana sudah hilang kepercayaan kepada PKR yang didakwa sudah lari dari perjuangan asal.
Masing-masing menzahirkan kekecewaan terhadap pucuk pimpinan PKR yang tidak ambil tahu masalah penyokong di pantai timur khususnya.
Mereka mendakwa pemimpin PKR hanya menggunakan mereka untuk mendapat sokongan di Terengganu.