Oleh Kumaran Rajamoney
ALOR SETAR: Barisan Nasional (BN) Kedah mempertaruhkan 4 calon wanita pada Pilihan Raya Umum Ke-15.
Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Dr Mashitah Ibrahim dilihat membuat kemunculan semula pada PRU kali ini di Parlimen Kuala Kedah.
Beliau sebelum ini pernah menyandang kerusi Parlimen Baling pada PRU ke-12.
Ketua Bahagian UMNO Sungai Petani, Datuk Shahanim Mohammad Yusoff sekali lagi ditawarkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Sungai Petani.
Beliau sebelum ini menjadi calon bagi kerusi parlimen itu pada PRU-14.
Dua wajah baharu dikalangan calon wanita yang bakal mewakili BN adalah Ketua UMNO Bahagian Pendang, Datuk Suraya Yaacob yang juga Ahli Dewan Undangan negeri Sungai Tiang dan Ketua Wanita UMNO Sik, Maizatul Akmam Othman.
Pencalonan ini menjadikan sasaran UMNO Kedah menempatkan 30 peratus wanita dalam senarai pencalonan tercapai.