comscore
Tumpuan :
Politik

PRU-15: 1 peti undi tambahan di 12 kerusi lebih tujuh penjuru

Oleh Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menambah satu lagi peti undi di setiap saluran di 12 bahagian pilihan raya yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, ia membabitkan 10 kerusi Parlimen manakala dua lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

“SPR ingin memaklumkan pelaksanaan penggunaan satu peti undi tambahan di bahagian-bahagian pilihan raya yang mempertandingkan tujuh atau lebih calon,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bahagian pilihan raya Parlimen yang terlibat adalah Alor Setar, Sungai Siput, Ampang, Bangi, Sungai Buloh, Kapar, Klang, Kota Raja, Sepang dan Batu.

Bagi bahagian DUN yang terlibat pula adalah Chenderiang, Perak serta Bugaya.

“Penambahan satu peti undi di setiap saluran adalah perlu setelah mengambil kira saiz kertas undi yang disediakan adalah lebih besar dan memerlukan ruang yang mencukupi untuk memuatkan semua kertas undi yang telah ditanda oleh pengundi pada hari mengundi kelak,” katanya.

SPR menetapkan Sabtu ini (19 November) sebagai hari mengundi bagi PRU-15 dan PRK DUN Bugaya membabitkan 20,905,366 orang pengundi biasa.-BULETIN TV3

Loading...
Terkini