Tumpuan :
Politik

Proses Pengundian Awal di SK Desa Tun Hussein Onn, Kem Kementah lancar

Oleh Siti Khadijah Jaafar

KUALA LUMPUR: Proses pengundian awal di Sekolah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn, Kem Kementah, ibu negara berjalan lancar dengan pemantauan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Seramai 2041 pegawai dan anggota tentera, ATM serta pasangan masing-masing akan mengundi menerusi empat saluran yng disediakan.

Proses pengundian setakat ini berjalan lancar dengan pengundi awal beratur mengikut prosedur operasi standard (SOP) penjarakan sosial sebelum mendaftar di khemah saluran disediakan.

Keadaan cuaca yang baik pada sebelah pagi  membolehkan kebanyakan mereka melaksanakan tanggungjawab pagi ini.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Laut, Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany dijadual mengundi pada jam 10 pagi nanti.

Loading...
Terkini