comscore
Tumpuan :
Politik

PRN 2023: PN kemuka calon pernah pegang jawatan tertinggi dalam kerajaan

FOTO: NSTP

LARUT: Perikatan Nasional (PN) dijangka menampilkan beberapa calon yang pernah memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos nanti.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata calon-calon berkenaan adalah amat berwibawa dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang masing-masing.

Katanya, sekiranya menang pada PRN itu nanti, calon-calon yang bertanding itu mampu mentadbir urus negeri dengan lebih baik.

“Kita yakin semua calon-calon yang diketengahkan itu bukan hanya mampu mentadbir urus negeri dengan baik malahan mampu memacu dan menentukan hala tuju pertumbuhan ekonomi negeri dengan lebih baik lagi,” katanya.

Beliau ditemui dalam sidang media selepas Majlis Makan Malam Bersama Ahli Parlimen Larut di Dewan Permai Majlis Daerah Selama di sini malam tadi.

Menurut Hamzah, senarai nama setiap calon yang akan bertanding di bawah gabungan parti itu akan diumumkan dalam masa terdekat di negeri-negeri tempat calon itu bertanding.

Enam negeri yang akan mengadakan PRN itu ialah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Tarikh mengundi dijadualkan pada 12 Ogos.

Loading...
Terkini