comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] PRN 2023: PH-BN akan failkan petisyen pilihan raya – Amirudin

 

KLANG: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) akan memfailkan petisyen pilihan raya, susulan beberapa isu yang timbul pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata beberapa perkara menjadi persoalan termasuk kehilangan kertas undi yang tidak dikembalikan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

“Saya memaklumkan ada beberapa hal untuk petisyen, pihak peguam akan meneliti beberapa persoalan, termasuk kehilangan kertas undi tidak dikembalikan di Sungai Kandis serta jumlah perbezaan sangat kecil seperti di DUN Taman Medan 30 undi dan Gombak Setia, 68 undi. Biar peguam meneliti kes-kes itu,” katanya dalam sidang media khas PH BN di sini tengah malam tadi.

PH-BN berjaya memenangi 34 kerusi (DUN) di negeri Selangor.

Mengulas mengenai prestasi Kerajaan Perpaduan pada PRN Selangor beliau berkata, saingan diberikan Perikatan Nasional (PN) tidak terlalu sengit.

Malah jelasnya, beberapa kerusi DUN yang dimenangi PN hanya mendapat majoriti di bawah 200 undi.

“Kita bukan anggap terlalu sengit walaupun ada cabaran getir, sekarang kita ada 34 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berbanding 22 kerusi DUN PN, kita mempunyai 12 kelebihan di Dewan Undangan Negeri.”

“Saya percaya kita akan teliti beberapa keputusan dicatatkan di bawah 500 undi, agak banyak (kerusi DUN) seperti di Taman Medan, Sungai Kandis, Dengkil dan Gombak Setia, tiga kerusi itu kalah di bawah 200 undi,” katanya lagi. — BERNAMA

Loading...
Terkini