Oleh: Kumaran Rajamoney
ALOR SETAR: Seperti dijangka, PAS bertanding di majoriti kawasan dengan meletakkan calon di 21 kerusi DUN, manakala Bersatu hanya diperuntukkan 12 kerusi dan Gerakan mendapat tiga kerusi pada PRN Kedah bulan depan.
Pada majlis pengumuman di Kompleks PAS Kedah di sini malam tadi, Perikatan Nasional (PN) negeri itu yakin dapat menyapu bersih semua 36 kawasan ditandingi.
Antara yang mencuri tumpuan, bekas Naib Canselor Univeristi Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Haim Hilman dicalonkan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra.
Seorang lagi tokoh akademik Profesor Dr Muhammad Suffian dicalonkan untuk kerusi DUN Bandar Baharu manakala
bekas kapten Kedah Darul Aman FC dan Sabah FC, Baddrol Baktiar muka baharu taruhan PN bagi kerusi DUN Gurun
Turut membuat penampilan PRN kali ini, seorang lagi bekas kapten pasukan bola sepak Kedah, Radhi Mat Din diumumkan bertanding di kerusi DUN Alor Mengkudu.
Berikut senarai penuh kerusi ditandingi calon PN Kedah.
Ayer Hangat- Shamsilah Siru (Bersatu)
Kuah- Amar Pared Mahamud (Bersatu)
Kota Siputeh- Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir (Bersatu)
Ayer Hangat- Azhar Ibrahim (PAS)
Bukit Kayu Hitam- Halimaton Shaadiah Saad (Bersatu)
Jitra- Haim Hilman Abdullah (PAS)
Kuala Nerang- Mohammad Yusoff @ Munir Zakaria (PAS)
Pedu- Radzi Md Amin (PAS)
Bukit Lada- Salim Mahmood (PAS)
Bukit Pinang- Romani Wan Salin (PAS)
Derga- Muhammad Amri Wahab (Bersatu)
Suka Menanti- Dzowahir Ab Ghani (Bersatu)
Kota Darul Aman- Chuan See Seng (Gerakan)
Alor Mengkudu- Muhammad Radhi Mat Din (Bersatu)
Anak Bukit- Rashidi Razak (PAS)
Kubang Rotan- Mohd Salleh Saidin (Bersatu)
Pengkalan Kundor- Mardhiyyah Johari (PAS)
Tokai- Mohd Hayati Othman (PAS)
Sungai Tiang- Abdul Razak Khamis (Bersatu)
Sungai Limau- Mohd Azam Abd Samat (PAS)
Guar Chempedak- Abdul Ghafar Saad (Bersatu)
Gurun- Baddrol Bakhtiar (PAS)
Belantek- Ahmad Sulaiman (PAS)
Jeneri- Sanusi Md Nor (PAS)
Bukit Selambau- Azizan Hamzah (PAS)
Tanjung Dawai- Hanif Ghazali (PAS)
Pantai Merdeka- Shahir Long (PAS)
Bakar Arang- Tai Kuang Tee (Gerakan)
Sidam- Juliana Abdul Ghani (Bersatu)
Bayu- Mohd Taufik Yaacob (Bersatu)
Kupang- Najmi Ahmad (PAS)
Kuala Ketil- Mansor Zakaria (PAS)
Merbau Pulas- Siti Ashah Ghazali (PAS)
Lunas- Khairul Anuar Ramli (Bersatu)
Kulim- Wong Chia Zhen (Gerakan)
Bandar Baharu- Muhammad Suffian Yusoff (PAS)