Oleh: Kumaran Rajamoney
ALOR SETAR: Calon Pakatan Harapan di Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Suka Menanti, Kota Darulaman dan Alor Mengkudu menaiki bas MADANI ke lokasi penamaan calon di sini.
Bas itu tiba pada jam 8.45 pagi di kawasan berkumpul yang ditetapkan kepada penyokong PH.
Calon itu ialah Datuk Ir Zamri Yusuf (Suka Menanti), Teh Swee Leong (Kota Darulaman) dan Datuk Mahfuz Omar (Alor Mengkudu).
Pada masa sama, calon -calon Perikatan Nasional (PN) turut bergerak ke tapak berkumpul bersama penyokong.
Mereka ialah Dzowahir Ab Ghani (Suka Menanti), Chuan See Seng (Kota Darulaman), Mohamed Radhi Mat Din (Alor Mengkudu).
Pusat penamaan calon dibuka tepat jam 9 pagi.