Tumpuan :
Politik

PRN 2023: Bapa Ustaz Zamri Mantop meninggal dunia

Foto calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong, Mohd Zamri Mohd Zainuldin.

TANJONG KARANG: Bapa kepada calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Burong, Mohd Zamri Mohd Zainuldin meninggal dunia hari ini.

Berita itu dimaklumkan Mohd Zamri menerusi hantaran laman Facebooknya.

“Dengan penuh dukacita dan pilu, adalah dimaklumkan ayahanda saya Cikgu Mohd Zainuldin telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Sungai Buloh jam 7.32 pagi tadi,” katanya.

Beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Tanjong Karang berkata segala perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Pilihan raya negeri (PRN) kali ini menyaksikan Mohd Zamri bakal berdepan calon Barisan Nasional (BN) iaitu Mohamad Khir Ramli.

Penyandang kerusi itu, Datuk Mohd Shamsudin Lias daripada BN digugurkan.

Loading...
Terkini