Oleh Fazli Ahmad
KEMAMAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said tiba di Pusat Penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri N30 DUN Kijal, di Dewan Sivik Kijal, di Kijal dekat sini kira-kira jam 8:45 pagi.
Bekas Menteri Besar Terengganu itu kemudian menyerah borang pencalonan kira-kira jam 9:05 minit pagi.
Ahmad bekas Menteri Besar Terengganu penyandang DUN Kijal Sejak 1990 mempertahan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dengan majoriti 1,265 undi.
Manakala calon PN, Datuk Razali Idris yang juga Pengerusi Bersatu Terengganu menyerahkan borang pencalonan jam 9:11 pagi.
DUN Kijal mempunyai 29,491 pengundi.