Tumpuan :
Politik

PRN 2023: Ahmad Razif yakin pertahan Dun Seberang Takir

KUALA NERUS: Mantan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir selesai mengundi jam 10.25 pagi tadi.

Beliau bersama isteri mengundi di Saluran 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Serang Takir.

Ketika ditemui selepas itu, beliau amat berpuashati dengan layanan pihak SPR di pusat mengundi itu.

Selain itu beliau berharap orang ramai terutama pengundi muda keluar mengundi lebih awal.

Ahmad Razif yakin akan dapat mempertahankan kerusi Dun Seberang Takir yang disandangnya sejak tahun 2008.

Loading...
Terkini