comscore
Tumpuan :
Politik

PRK Sungai Bakap: PAWE, sekolah tamil akan dapat perhatian segera – Zahid

Foto: NSTP

Oleh: Kumaran Rajamoney

SUNGAI BAKAP: Pemilihan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) membolehkan pelbagai insitiaf yang dirancang kerajaan mampu dilaksanakan dengan lebih mudah.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata dua isu dibangkitkan iaitu pewujudan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dan pembinaan semula Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil) Sungai Bakap akan diselesaikan segera.

“Dua cadangan ini cukup penting, dan perlu dilaksanakan. Saya akan membantu beliau untuk membawa keperluan bagi rakyat Sungai Bakap bagi memenuhi beberapa keperluan asas.”

“InsyaAllah jika beliau terpilih, tentunya rakyat Sungai Bakap akan lebih beruntung kerana beliau akan bersama-sama dengan kerajaan negeri di mana kerajaan negeri juga berada di bawah kerajaan perpaduan,” katanya.

Jelasnya, BN komited dalam membantu menggerakkan jenteranya dalam usaha memenangkan De Joohari atas semangat “Perpaduan” yang semakin baik bersama PH.

“Kerjasama ini telah bermula sejak Pilihan Raya Umum lalu melibatkan kerusi Padang Serai. Ia kemudian disusuli beberapa PRK, dan saya percaya sokongan sama akan dizahirkan pada PRK DUN Nenggiri, Kelantan.”

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Kasih bersama pemimpin di Sungai Kechil, di sini malam ini.

Turut hadir Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Calon PH, Dr Joohari dan pimpinan tertinggi UMNO-BN.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

 
Loading...
Terkini