comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] PRK Pulai: Dua pusat undi awal ditutup tepat jam 5 petang

 

JOHOR BAHRU: Proses undi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai ditutup jam 5 petang tadi.

Proses berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Seramai 927 pengundi terdiri daripada pegawai dan anggota polis layak mengundi sebaik dua pusat undi awal dibuka jam 8 pagi tadi.

Dua pusat undi terbabit ialah Markas Pasukan Polis Marin di Tampoi dan Balai Polis Kempas.

Seramai 881 pegawai dan anggota layak mengundi di dua saluran di PPM Tampoi, manaka 46 lagi di Balai Polis Kempas.

Tepat jam 5 petang tadi, proses undi ditutup dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memaklumkan hingga jam 3 petang sebanyak 87 peratus keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Manakala peratusan keluar mengundi di Balai Polis Kempas mencapai 97 peratus selepas ditutup jam 12 tengah hari.

Tiga peti undi dari tiga saluran kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan dengan diiringi pasukan polis untuk disimpan sebelum dikeluarkan untuk proses penjumlahan undi pada 9 September ini.

Parlimen Pulai mempunyai lebih 167 ribu pengundi dengan 40 Pusat Daerah Mengundi.

PRK kali ini menyaksikan saingan tiga penjuru membabitkan calon PH, Suhaizan Kayat menentang calon Perikatan Nasional (PN) Zulkifli Jaafar dan bebas, Samsudin Mohamad Fauzi.

PRK Parlimen Pulai diadakan susulan penyandangnya, Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) meninggal dunia pada 23 Julai lalu.

Loading...
Terkini