Tumpuan :
Politik

PRK : PN pertaruh usahawan di Pulai, pakar bedah di Simpang Jeram

JOHOR BAHRU : Perikatan Nasional (PN) memutuskan BERSATU bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai manakala PAS di Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 September ini.

Bagi PRK Parlimen Pulai,  PN mempertaruhkan Zulkifli Jaafar, seorang usahawan yang juga Timbalan Ketua BERSATU Bahagian Pulai.

Manakala Dr Mohd Mazri Yahya, pakar bedah vaskular dan endovaskular yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor  akan bertanding di DUN Simpang Jeram.

Pengumuman kedua-dua calon itu dibuat Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bilik Gerakan Utama PN Pulai di sini, hari ini.

“Zulkifli Jaafar (Bersatu) akan bertanding di Pulai dan Mohd Mazri Yahya (PAS) di DUN Simpang Jeram.

“Keputusan ini harap diterima dengan hati terbuka,” katanya

Loading...
Terkini