comscore
Tumpuan :
Politik

PRK Pelangai: SPRM lancar bilik gerakan

FOTO: NSTP

BENTONG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N36 Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.

Bilik gerakan PRK N36 DUN Pelangai yang beroperasi 24 jam mulai hari ini hingga 7 Oktober 2023 itu akan ditempatkan di SPRM Cawangan Raub, Tingkat 1, Bangunan Persekutuan, Jalan Tengku Abdul Samad, Peti Surat 6000, 27600 Raub, Pahang.

Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui emel kepada [email protected] atau menghubungi talian 09-3501967.

Dalam pada itu, SPRM juga mengingatkan kepada semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini