BENTONG: Suruhanjaya Pilihanraya SPR mengumumkan Calon Barisan Nasional BN Datuk Amizar Abu Adam menang mengalahkan dua lawannya jam 9.07 malam tadi.
Beliau menang dengan majoriti 2,949 undi.
Datuk Amizar memperoleh 7,324 undi sekali gus menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat yang mendapat 4,275 undi, manakala calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli hanya meraih 47 undi.
Pengisytiharan keputusan rasmi itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK DUN Pelangai, Datuk Mohammad Shahid Ismail di Pusat Pengiraan Undi SPR di Dewan Orang Ramai FELDA Kemasul malam ini.
Dengan kemenangan itu, BN mengekalkan 17 kerusi DUN, sama jumlah dengan PN manakala PH dengan lapan kerusi.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), penyandang kerusi itu dari BN, Datuk Seri Johari Harun menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan Kasim yang mendapat 3,260 undi, calon Pakatan Harapan (PH) Ahmed Wafiuddin Shamsuri (2,031 undi) dan calon Pejuang Isa Ahmad (65 undi).
SPR merekodkan sebanyak 72.12 peratus daripada 16,456 pengundi menunaikan tanggungjawab pada PRK kali ini.
PRK DUN Pelangai diadakan selepas penyandang kawasan itu diisytihar kosong susulan kematian Johari yang terbabit nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor Ogos lalu.
Proses pengundian bermula 8 pagi hingga 6 petang tadi, menyaksikan sebanyak sembilan pusat mengundi biasa membabitkan 30 saluran dibuka.
Mengikut data SPR memaklumkan daripada 16,456 pengundi itu, seramai 36 adalah anggota polis manakala tiga lagi Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.
PRK DUN Pelangai menyaksikan tiada pusat mengundi awal dibuka walaupun tarikhnya ditetapkan pada 3 Okt lepas, selepas SPR mengeluarkan 73 kertas undi kepada yang berhak mengundi secara pos.
Berdasarkan rekod, DUN Pelangai mulai dijadikan kawasan DUN pada 1986 dan sejak itu ia diwakili wakil rakyat daripada BN-UMNO, dengan bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob mewakili kawasan itu untuk lapan penggal (1986-2022).
| ARTIKEL BERKAITAN
- [LANGSUNG] Perkembangan terkini Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai
- PRK Pelangai: 9 pusat mengundi dibuka bermula 8 pagi
- PRK DUN Pelangai: Calon PN antara terawal mengundi
- PRK DUN PELANGAI: Warga emas 80 tahun pengundi pertama di SMK Felda Chemomoi
- PRK DUN Pelangai: 10% keluar undi setakat 9 pagi
- PRK DUN Pelangai: Peratusan keluar mengundi dijangka capai 70 peratus – SPR
- PRK Pelangai: 53 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari
- PRK Pelangai: Peratusan keluar mengundi capai 59 peratus setakat 2 petang
- PRK Pelangai: Peratusan mengundi PRK Pelangai 65% setakat jam 3 petang
- [VIDEO] PRK Pelangai, pusat pengundian ditutup, proses perjumlahan undi bermula
- PRK Pelangai: Keputusan dijangka diumum 9 malam ini
- Peti undi mula tiba di pusat penjumlahan
- Tidak Rasmi : BN menang di DUN Pelangai, majoriti besar
- Tidak rasmi: BN pertahan DUN Pelangai
- ‘Aku kalah di Ketari untuk menabur khidmat bakti di tanah tumpah aku sendiri’ -Amizar