Oleh: Zaid Shah Zulkarnain
BENTONG: Sebanyak 59 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai telah menjalankan tanggungjawab mereka setakat 2 petang tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
16,383 pengundi berdaftar melaksanakan tanggungjawab memilih wakil rakyat baharu hari ini. Dengan 9 pusat mengundi dan 30 saluran dibuka sejak 8 pagi tadi.
Jumlah keseluruhan pengundi di DUN itu ialah 16,456 orang, dengan SPR telah mengeluarkan 73 kertas undi pos kepada petugas SPR dan anggota polis.
PRK Pelangai N36 diadakan susulan penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Johari Harun terkorban akibat tragedi pesawat terhempas di bandar Elmina, Shah Alam 17 Ogos lalu.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [LANGSUNG] Perkembangan terkini Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai
- PRK Pelangai: 9 pusat mengundi dibuka bermula 8 pagi
- PRK DUN Pelangai: Calon PN antara terawal mengundi
- PRK DUN PELANGAI: Warga emas 80 tahun pengundi pertama di SMK Felda Chemomoi
- PRK DUN Pelangai: 10% keluar undi setakat 9 pagi
- PRK DUN Pelangai: Peratusan keluar mengundi dijangka capai 70 peratus – SPR
- PRK Pelangai: 53 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari