Oleh: Fazli Ahmad
BENTONG: Semua peti undi dari sembilan pusat pengundian membabitkan 30 saluran dibawa ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Orang Ramai FELDA Kemasul di sini, sebelum keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Pelangai diumum, yang dijangka pada jam 9 malam ini.
Terdahulu, semua sembilan pusat pengundian ditutup tepat jam 6 petang tadi.
Tiga pusat pengundian terletak di kawasan Felda iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Chemomoi, Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Kemasul dan SK (Felda) Sungai Kemahal.
Enam lagi ialah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC) Telemong, SMK Seri Pelangai, SK Pelangai, SKJC Manchis, Dewan Serbaguna Sungai Gapoi dan Balai Raya Kampung Sungai Perdak.
Seramai 312 petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengendalikan proses pengundian hari ini.
DUN Pelangai mempunyai 16,456 pengundi termasuk 73 undi pos.
Setakat jam empat petang tadi SPR memaklumkan peratusan keluar mengundi ialah 69 peratus.
Angka rasmi keluar mengundi akan diumumkan ketika pengumuman keputusan PRK itu, malam ini.
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam; calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat; dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [LANGSUNG] Perkembangan terkini Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai
- PRK Pelangai: 9 pusat mengundi dibuka bermula 8 pagi
- PRK DUN Pelangai: Calon PN antara terawal mengundi
- PRK DUN PELANGAI: Warga emas 80 tahun pengundi pertama di SMK Felda Chemomoi
- PRK DUN Pelangai: 10% keluar undi setakat 9 pagi
- PRK DUN Pelangai: Peratusan keluar mengundi dijangka capai 70 peratus – SPR
- PRK Pelangai: 53 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari
- PRK Pelangai: Peratusan keluar mengundi capai 59 peratus setakat 2 petang
- PRK Pelangai: Peratusan mengundi PRK Pelangai 65% setakat jam 3 petang
- [VIDEO] PRK Pelangai, pusat pengundian ditutup, proses perjumlahan undi bermula