comscore
Tumpuan :
Politik

PRK Pelangai: Amizar azam jadikan Pelangai DUN contoh di Pahang 

BENTONG : Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil  (PRK) DUN Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam bertekad menjadikan DUN itu sebagai kawasan contoh dan terbaik di Pahang.

Katanya, tanggungjawab itu diamanahkan kepada beliau oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bagi memastikan kesinambungan pelbagai usaha dan pembangunan diteruskan untuk rakyat di kawasan berkenaan.

 

Sebaik proses penamaan calon semalam,  Amizar mempunyai jadual padat hingga lewat malam dalam usaha beliau mendekati segenap lapisan masyarakat di DUN Pelangai termasuk bertemu kaum wanita di Felda Kemasul secara santai.

Amizar turut berkongsi hasrat disuarakan Menteri Besar Pahang dan kepimpinan parti untuk beliau laksanakan di DUN  itu sekiranya diberi mandat oleh rakyat  7 Oktober ini.

“Menang saja PRK Di Dun Pelangai ni saya amanahkan Amizar tolong jaga sebaik-baik mungkin DUN Pelangai ini untuk menjadi yang terbaik dalam negeri Pahang, ini amanah dia,” katanya.

Justeru, katanya amanah itu digalas beliau dan dikongsi dengan pengundi bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional.
Beliau juga berazam meneruskan khidmat bakti bekas penyandang kerusi DUN Pelangai, Allahyarham Datuk Seri Johari Harun, selain mempunyai pelbagai perancangan untuk manfaat segenap lapisan masyarakat.

Dalam usaha  memastikan kemenangan memihak kepada BN, parti itu akan terus mengekalkan pendekatan kempen secara berhemah dan menerangkan agenda pembangunan yang jelas untuk dilaksanakan di Pelangai.

BN juga tidak akan mengikut rentak pihak lawan yang dilihat terus menggunakan pendekatan tidak sihat termasuk memaki hamun dan fitnah ketika berkempen.

PRK DUN Pelangai pada 7 Oktober ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, Perikatan Nasional (PN) dan Bebas.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini