Tumpuan :
Politik

PRK Nenggiri: Proses pengundian di SMK Sungai Asap sedikit kecoh

 

Tangkap layar memaparkan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo (kiri) dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mententeramkan penyokong parti di depan pusat mengundi SMK Sungai Asap. – Video Tular

GUA MUSANG: Proses pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Asap, di sini, berlaku sedikit kekecohan membabitkan penyokong kedua-dua parti.

Insiden berlaku jam 9.50 pagi itu menyebabkan Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo terpaksa menyuraikan keadaan.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila penyokong kedua-dua penyokong parti cuba meraih undi di hadapan pusat mengundi yang menjadi laluan orang ramai.

Pada awalnya polis sudah meminta mereka beredar namun tidak diendahkan oleh penyokong parti.

Tindakan itu juga menyebabkan berlaku kesesakan lalu-lintas sebelum insiden itu dapat dileraikan dengan masing-masing diminta beredar ke khemah masing-masing.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini