Tumpuan :
Politik

[KEMAS KINI] PRK Nenggiri: Asyraf dakwa BN menang di 6 PDM (Keputusan tidak rasmi) 

FOTO: Ihsan Asyraf Wajdi / Facebook

GUA MUSANG: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa BN memenangi enam pusat daerah mengundi (PDM) yang ditutup awal pada Pilihan Raya Kecil DUN Nenggiri di sini hari ini.

Menerusi perkongsiannya di laman Facebook, Asyraf berkata lima PDM itu ialah Tohoi, Sungai Puian, Kuala Sungai, Sungai Jenera, Pos Simpor dan Sungai Wias.

Katanya, bagi PDM Tohoi, BN menang dengan majoriti 302 undi, Sungai Puian dengan majoriti 300 undi serta PDM Kuala Sungai majoriti 49 undi manakala Sungai Jenera 352 undi.

Beliau juga mendakwa BN memperoleh majoriti 307 undi di Pos Simpor dan 260 undi di Sungai Wias.

Sehingga ini, katanya, BN mendahului dengan majoriti 1,570 undi.

“PDM terbabit ditutup jam 2 petang membabitkan dua di kawasan Orang Asli dan satu kawasan Melayu tradisi,” katanya.

Bagaimanapun ini adalah keputusan tidak rasmi dan keputusan rasmi hanya akan dikeluarkan oleh SPR.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini