comscore
Tumpuan :
Politik

[VIDEO] PRK Kemaman: Suasana kempen tenang, BN tumpu sokongan pengundi muda 

 

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

KEMAMAN: Pilihan Raya Kecil Parlimen Kemaman yang menyaksikan pertembungan satu lawan satu diantara calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dengan calon Pas iaitu Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, berlangsung dengan aman dan harmoni.

 

Fokus utama calon BN ketika ini adalah menumpukan kempen kepada usaha mendekati golongan pengundi muda.

Menurut Tan Sri Affandi, beliau bersama jentera Pakatan Harapan mempergiat aktiviti menyantuni pengundi muda kerana golongan itu dianggap sebagai faktor kemenangan gabungan itu pada PRK berkenaan.

Jenteranya akan terus bertemu dengan pengundi pelbagai lapisan masyarakat dan menziarahi kawasan yang dikenal pasti boleh menjadi kubu kuat BN dan berkempen secara sihat.

Sekaligus untuk lebih memahami keperluan pengundi di kawasan Parlimen Kemaman.

“Memang ada memang pertemuan saya dengan pengundi muda memang ada penerimaan yang baik serta sangat positif”, katanya.

Tiada sebarang provokasi berlaku dan polis tidak menerima sebarang aduan dan laporan sepanjang tempoh kempen yang masuk hari ke enam.

Tan Sri Raja Mohamed Affandi yakin diterima baik pengundi di kawasan itu, dan menyeru pengundi memberi peluang kepadanya untuk berbakti.

“Saya lihat memang tenang pilihan raya kali ini, harap begitulah kaedahnya kerana kita tumpu pada kualiti yang akan kita buat dan kemampuan kita buat bukan provokasi”, ujarnya.

Beliau berharap situasi itu berkekalan sehingga hari pengundian pada 2 Disember depan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini