KEMAMAN: Kurang 32 jam tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman berakhir, calon Barisan Nasional BN Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor terus menjelajah seluruh pelusuk parlimen terbabit mendekati pengundi.
Semangat kepewiraan sebagai bekas panglima angkatan tentera itu terus kental memenangi hati penduduk Kemaman dalam misinya membawa perubahan di parlimen terbabit.
Beliau siang tadi menyertai program santai bersama pengundi muda di Kijal.
Walaupun hampir dua minggu berkempen namun, bekas panglima ATM itu terus bertenaga.
Malah janji Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi, jika beliau memenangi kerusi Kemaman, ada jawatan khas disediakan kerajaan kepada Tan Sri Raja Mohamed.
Calon BN ini juga menyifatkan tawaran itu sebagai tanggungjawab besar kepada beliau selain sebagai penghubung antara penduduk Kemaman dan kerajaan pusat.
“Saya menyerulah kepada pengundi pengundi di Kemaman ini menggunakan ruang yang ada sebaiknya dan memberi peluang yang baik dan pakej yang ditawar oleh Barisan Nasional adalah pakej yang baik dan pengundii mengundi saya calon no 1”, katanya.
Beliau merakam terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memberi kepercayaan itu.
PRK di ditetapkan Sabtu ini membabitkan lebih 141 ribu pengundi dan diadakan selepas Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan calon Pas pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 kerana wujud unsur rasuah.