comscore
Tumpuan :
Politik

PRK Jepak: Perbanyak program jangkauan, padanan untuk belia, fokus kempen calon GPS

BINTULU: Perbanyakkan pelaksanaan program jangkauan dan padanan pendidikan serta pekerjaan untuk golongan belia menjadi antara fokus calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee pada kempen yang berbaki lima hari lagi.

Usaha itu katanya bagi melihat potensi seterusnya meningkatkan kebolehpasaran golongan terbabit berdasarkan minat dan kemahiran yang dimiliki oleh mereka.

“Kita akan dapatkan maklumat mereka supaya kita boleh padankan dengan institusi yang menawarkan latihan kemahiran contohnya kalau pergi ke CENTEX, Akademi Binaan Malaysia (CIDB) di mana mereka akan mendapat latihan kemahiran mengikut bidang yang mereka minati.

“Menerusi usaha ini kita boleh melihat potensi dan kebolehpasaran golongan belia-belia ini berdasarkan kemahiran dan kebolehan yang dimiliki oleh mereka,”

Beliau ditemui ketika melakukan tinjauan dan bertemu dengan peniaga kecil di Pasar Malam Bintulu.

Menurut Iskandar, antara perkara yang diutarakan sepanjang tempoh berkempen adalah berkenaan pembaikan kawasan rumah panjang dan laluan jalan kebun, kemudahan tempat perniagaan dalan program-program peningkatan kemahiran.

Jelasnya, perkara itu sudah diambil perhatian dan akan diselesaikan secara berperingkat mengikut keperluan di kawasan terlibat dan peringkat umur yang memerlukannya.

Justeru beliau berharap agar dapat diberikan peluang dan mandat sebagai wakil rakyat bagi DUN berkenaan.

Loading...
Terkini