BINTULU: Memenangi hati pengundi muda yang mewakili 60 peratus daripada 22,804 pengundi berdaftar pada Pilihan Raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak antara tumpuan utama parti-parti yang bertanding.
Bagi Gabungan Parti Sarawak (GPS), ia mengariskan penyertaan aktif golongan muda dalam aspek pembangunan Jepak seperti disenaraikan 14 teras utama manifestonya untuk PRK berkenaan.
Calon GPS Iskandar Turkee berkata, untuk mendekati pengundi muda, penting untuk pihaknya mengetahui minat serta kecenderungan golongan terbabit.
Katanya, setiap program yang dilaksanakan harus melihat kepada keterlibatan mereka
“Kita mempelbagaikan program sesuai dengan kehendak mereka jadi di situlah kita akan mendekati mereka.
“Apa yang penting sekarang, golongan belia ini kita cuba jauhkan mereka daripada isu-isu sosial yang boleh menjerumuskan mereka kepada isu-isu negatif.
“Dengan adanya fasiliti-fasiliti yang disediakan di DUN Jepak ini maka di situ kita dapat mewujudkan faktor-faktor yang menarik semangat golongan muda ini supaya mereka menjauh diri daripada gejala-gejala negatif,” katanya.
Terdahulu, beliau menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof di Kampung Kemunting, Jepak, Bintulu.
Iskandar turut mengakui pengalaman berkempen pada PRK ini, satu cabaran baharu kepadanya.
Namun, ia bukan penghalang untuknya terus bersemangat bertemu pengundi.
Katanya, pendekatan yang digunakan hampir sama dengan pendekatan yang dipraktikkannya ketika bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), tetapi kumpulan sasar yang berbeza.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] ADUN Jepak meninggal dunia
- Surat makluman kekosongan DUN Jepak dihantar ke SPR
- Mesyuarat khas PRK DUN Jepak Isnin depan
- [VIDEO] PRK Jepak : Penamaan calon 21 Oktober, Hari mengundi 4 November – SPR
- PRK Jepak: Kekuatan politik, perpaduan ahli, kunci kejayaan GPS sejak dua penggal
- PRK Jepak: Perkenal calon, dekati masyarakat fokus baki kempen GPS
- PRK Jepak: Perbanyak program jangkauan, padanan untuk belia, fokus kempen calon GPS
- PRK Jepak: Jangan terpengaruh dengan gesaan tidak turun mengundi