KUALA LUMPUR: Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail mendahului Calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin setakat jam 7.30 malam ini.
Berdasarkan kiraan undi tidak rasmi, Abidin meraih 9,528 undi meninggalkan pencabarnya, Joohari yang memperoleh 7,370 undi dengan majoriti 2,158 undi.
Keputusan tidak rasmi itu diperoleh menerusi kiraan 47 daripada 65 saluran peti undi.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap menyaksikan saingan satu lawan satu antara PH dan PN (PAS).
PH mempertaruhkan bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara, Dr Joohari Ariffin manakala PN yang perlu mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lepas diwakili bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal, Abidin Ismail.
Berita lanjut menyusul.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa