comscore
Tumpuan :
Politik

PRK DUN Sungai Bakap: PN pertahan kerusi dengan majoriti lebih tinggi

Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail bersama pemimpin (PN) meraikan kemenangan berdasarkan keputusan awal di Pusat Khidmat ADUN Sungai Bakar, Sungai Jawi -Foto: NSTP

NIBONG TEBAL: Perikatan Nasional (PN) berjaya mengekalkan penguasaan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, apabila calon mereka Abidin Ismail menang kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Khairulnizam Hashim di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Serbaguna Jawi, di sini, malam ini.

Abidin, 56, secara rasmi memenangi kerusi berkenaan dengan memperoleh 14,489 undi menewaskan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin yang meraih 10,222 undi.

Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal yang mesra dengan panggilan Abang Bidin menang dengan majoriti 4,267 undi, membolehkan beliau meneruskan legasi bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan terbabit Allahyarham Nor Zamri Latiff.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini