comscore
Tumpuan :
Politik

PRK DUN Sungai Bakap: [TIDAK RASMI] PH dahului undi pos tujuh undi

NIBONG TEBAL: Secara tidak rasmi, Pakatan Harapan mendahului undi pos bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Menurut satu hantaran yang dikongsikan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin dari PKR di laman Facebook beliau, calon PH, Dr Joohari Ariffin memperoleh 63 undi manakala Abidin Ismail daripada Perikatan Nasional (PN) memperoleh 56 undi.

Jumlah pengundi berdaftar di Sungai Bakap adalah sebanyak 39,279 orang, termasuk 57 anggota polis.

Pilihan raya kecil hari ini membabitkan pertandingan satu lawan satu Joohari dan Abidin.

Dalam pilihan raya negeri bulan Ogos lalu, Nor Zamri Latiff daripada PAS menewaskan Nurhidayah Che Rose daripada PKR dengan majoriti 1,563 undi.

Pilihan raya kecil ini berlaku selepas kematian Nor Zamri pada 24 Mei.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini