comscore
Tumpuan :
Politik

PRK DUN Pelangai : Pembangkang ketandusan modal berkempen

Oleh : Ahmad Fazli Ahmad 

BENTONG: Tindakan pembangkang membayangkan Kerajaan Perpaduan menerajui Pahang tumbang selepas Pilihan Raya Kecil PRK DUN Pelangai kerana ada ADUN Barisan Nasional (BN) akan melompat parti satu sentimen untuk mengelirukan pengundi.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan kenyataan itu sebagai fitnah dan perbuatan terdesak pembangkang.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, tindakan lompat parti tidak boleh berlaku kerana semua wakil rakyat BN dan Pakatan Harapan PH telah membuat aku janji.

“Sentimen supaya pengundi di Pelangai ini percaya walhal pekara itu tidak benar berlaku, sentimen fitnah itu mengatakan empat orang nak lompat dan sebagainya” katanya ditemui media ketika berkempen di sini.

Ketika siri kempen PRK DUN Pelangai, tular di media sosial ada empat ADUN Kerajaan Perpaduan Pahang akan melompat parti menyokong Perikatan Nasional.

Manakala, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga ADUN Cheka kononnya bakal dilantik sebagai Menteri Besar Pahang selepas PN Menang PRK DUN Pelangai.

Bagi Datuk Seri Wan Rosdy, semua fitnah dan sentimen dimainkan itu hanya untuk memecah belahkan sokongan rakyat kepada kerajaan.

BN menguasai 16 kerusi DUN Berbanding 17 kerusi sebelum DUN Pelangai diisytiharkan kosong berikutan kematian penyandangnya dan PH mempunyai lapan kerusi, menerajui Pahang ketika ini.

DUN Pahang mempunyai 42 kerusi dan PN hanya menguasai 17 kerusi.

Loading...
Terkini