comscore
Tumpuan :
Politik

PRK DUN Mahkota: BN umum kemenangan tidak rasmi dengan majoriti besar 20,609

Syed Hussien Syed Abdullah.- Foto fail NSTP

KLUANG: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki menerusi Facebooknya mengumumkan kemenangan tidak rasmi buat Barisan Nasional BN dengan majoriti 20,609 undi.

Berkongsi keputusan tidak rasmi itu menerusi siaran langsung, beliau berkata calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah mendahului dengan 27,941 undi, meninggalkan jauh calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar dengan 7,332 undi.

BN menang di semua 121 saluran.

Untuk rekod, seramai 66,318 pengundi layak untuk mengundi dalam PRK DUN Mahkota yang diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2022, Sharifah Azizah yang mewakili BN menang dengan majoriti 5,166 undi dalam saingan empat penjuru bersama calon Pakatan Harapan (PH), PN dan Warisan.

DUN Mahkota mula dipertandingkan pada 2004 dan berdasarkan lima pilihan raya yang berlangsung sejak itu menyaksikan empat daripadanya dimenangi BN.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

 

Loading...
Terkini