comscore
Tumpuan :
Politik

PRK DUN Mahkota: Shahrol Shiro tunai tanggungjawab mengundi

KLUANG: Pelawak Shahrol Azizie Azmi atau lebih dikenali sebagai Shahrol Shiro antara pengundi yang menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Shahrol, 40, tiba di Pusat Mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Jalan Haji Manan jam 11.45 pagi dan selesai mengundi kira-kira 10 minit kemudian.

“Memandangkan saya anak jati Kluang terutama DUN Mahkota adalah tempat saya mengundi hari ini saya melakukan tanggungjawab saya walaupun sibuk macam mana pun perlu ada sedikit masa untuk pergi mengundi.

“Saya harap pengundi-pengundi dapat keluar awal kerana cuaca pun baik dan jangan tunggu di saat-saat akhir,” katanya selepas selesai mengundi.

Shahrol berkata wakil rakyat yang akan diangkat kelak diharap dapat meneruskan pembangunan di kawasan itu sebagaimana dilakukan oleh penyandang kerusi itu Allahyarhamah Sharifah Azizah Syed Zain, 63.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini