comscore
Tumpuan :
Politik

PRK DUN Mahkota: ‘Selepas Subuh Syed Hussien terus kena kerja’ – MB Johor

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika menyampaikan ucapan selepas Calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah meraikan kemenangan bersama barisan kepimpinan tertinggi atas kemenangan Barisan Nasional sempena Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Command Centre BN, Kluang Johor.-Foto: NSTP

KLUANG: “Esok pagi selepas Subuh (Syed Hussien Syed Abdullah) kena terus buat kerja untuk membela rakyat di sini,” kata Pengarah Pilihanraya Kecil (PRK) Mahkota Barisan Nasional (BN) Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Menteri Besar Johor itu berkata, berterima kasih kepada rakyat dan pengundi DUN Mahkota yang telah memberi mandat begitu baik kepada Syed Hussien.

Katanya, bersyukur kerana jentera BN dan Pakatan Harapan (PH) bersatu bergabung tenaga berkempen secara sihat dan melihat permuafakatan adalah perkara cukup penting selain berpesan supaya sentiasa menjaga batasan dalam keghairahan berpolitk.

“Kemenangan ini adalah berkat usaha semua yang hadir pada hari ini yang telah berusaha siang dan malam sebulan dua ini untuk menangkan calon kita

“Saya juga baru bercakap dengan Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamididan beliau menyampaikan salam dan ucapkanterima kasih kepada jentera BN dan PH bantu memenangkan calon dan rakyat secara keseluruhan.

“Saya lihat kempen kali ini sangat luar biasa dan dalam sejarah saya tak pernah tengok di mana semua jentera sayap wanita pemuda puteri cawangan bahagian angkat seluruh negara bersatu berkempen

“Tahniah kepada jentera berkempen secara sihat menangkan calon,” katanya di Command Centre BN di sini sebentar tadi.

Beliau berkata, masih banyak lagi kerja yang perlu dilakukan termasuk melaksanakan visi aspirasi untuk membangunkan negeri Johor termasuk di Kluang dan Mahkota

“Selepas ini jangan toleh ke belakang lagi terus berkerja untuk rakyat, negeri dan negara kita cintai ini,” katanya.

Terdahulu, Onn Hafiz melahirkan syukur kerana kemenangan Syed Hussien yang meraih 27,995 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar yang meraih 7,347 undi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini