comscore
Tumpuan :
Nasional

PRK DUN Mahkota: Pengundi mahu wakil rakyat bukan ‘stranger’ – Tengku Zafrul

Tengku Zafrul (kanan) Bersama calon BN Syed Hussien. – FOTO: NSTP

KLUANG: Barisan Nasional (BN) yakin calon yang dipertaruhkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota mampu memberi khidmat yang baik kepada pengundi di kawasan terbabit.

Keyakinan itu disuarakan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz terhadap kemampuan yang ada pada calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah.

Menurut Tengku Zafrul, BN sentiasa mencari calon yang terbaik serta mempunyai ciri-ciri penting untuk membolehkan UMNO menang dalam setiap pilihan raya.

“Yang penting seperti mana disebut oleh penduduk lain di DUN Mahkota, kita nak calon yang boleh berkhidmat.

“Kalau melihat kepada latar belakang calon, saya yakin Syed Hussien sudah lama berkhidmat dalam komuniti di sini,” katanya pada Program Ziarah Kasih di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kampung Melayu, di sini, hari ini.

Justeru, katanya, beliau yakin kemampuan Syed Hussien menjalankan khidmat sebaik-baiknya jika dipilih sebagai wakil rakyat DUN Mahkota.

Dalam perkembangan lain, Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), turut mengadakan sesi libat urus bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan pengusaha di DUN Mahkota bagi mendengar masalah dihadapi penduduk.

“Pada sesi itu, saya mendengar luahan serta perkara yang dibangkitkan dan saya akan menyampaikan kepada calon kita untuk diberi perhatian.

“Soalan pertama saya adalah mengenai calon adakah mereka diterima oleh penduduk di DUN Mahkota.

“Majoriti mengatakan calon yang penting ialah calon yang ada kapasiti untuk membantu rakyat di sini

“Yang dimaksudkan kapasti ialah seorang yang faham isu di sini, dia bukan ‘stranger’ dan masih muda. Saya dapati ramai yang mengatakan dia calon yang terbaik,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini