comscore
Tumpuan :
Politik

PRK DUN Mahkota: MB Johor diberi mandat umum calon BN

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa menghadiri Persidangan Perundangan Antarabangsa Berkenaan Dengan Ancaman Dalam Talian 2024.

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, diberikan mandat untuk menentukan masa yang sesuai untuk mengumumkan calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Mahkota.

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya akan berikan kuasa kepada Menteri Besar Johor untuk membuat pengumuman” katanya.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata demikian selepas menghadiri Persidangan Perundangan Antarabangsa Berkenaan Dengan Ancaman Dalam Talian 2024 di sini, hari ini.

PRK DUN Mahkota bakal diadakan 28 September ini susulan kematian penyandangnya, Sharifah Azizah yang meninggal dunia pada 2 Ogos lalu ketika dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, Sharifah Azizah menang dengan majoriti lebih 5,000 undi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini