comscore
Tumpuan :
Politik

PRK DUN Mahkota: Lebih 3,000 penyokong BN, PN memenuhi pusat penamaan calon

KLUANG: Penyokong Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) mula membanjiri sekitar pusat penamaan calon, Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini, sejak awal pagi tadi untuk memberi sokongan kepada calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Suasana di sini riuh dengan kehadiran lebih 3,000 penyokong BN bersama-sama kepimpinan parti itu dan Pakatan Harapan (PH).

Antara yang kelihatan ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani; dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebelum ini dilaporkan berkata calon daripada gabungan itu adalah mewakili Kerajaan Perpaduan.

Proses penamaan calon dijadualkan bermula jam 9 pagi ini dengan mereka yang berhasrat untuk bertanding ada masa sejam untuk mengemukakan borang pencalonan, disusuli pengumuman nama individu bertanding pada PRK itu.

Setakat ini, dua parti utama sudahpun menamakan calon masing-masing dengan BN bakal mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO Kluang, Syed Hussien Syed Abdullah, 40.

PN pula menampilkan bekas pemain bola sepak Johor, Mohamad Haizan Jaafar, 61, atau turut dikenali sebagai ‘Coach Haizan’.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini