comscore
Tumpuan :
Politik

PRK DUN Mahkota: Calon BN santuni semua

Oleh: Syafiqah Damanhuri

KLUANG: Calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil(PRK) Dewan Undangan Negeri(DUN) Mahkota, Syed Hussien Syed Abdullah merupakan calon yang terbaik untuk menyantuni masyarakat di sini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Syed Hussein mempunyai latar belakang yang bagus dan perkara itu akan menarik pengundi untuk memilih BN dalam PRK kali ini.

“Beliau Ketua Pemuda Bahagian UMNO yang mempunyai dokongan bukan hanya daripada pengundi muda, lebih 51% Mahkota ini pengundi muda.

“Di samping itu beliau menyantuni orang-orang lebih 40 tahun dan yang penting biarpun tempat ini dipegang Allahyarhamah Datuk Syarifah Azizah namun parti telah memutuskan beliau mewakill BN dalam Kerajaan Perpaduan untuk pilihan raya ini, dokongan ketiga-tiga sayap kepada beliau.

“Saya mengucapkan Menteri Besar Johor yang jadi Pengarah Pilihanraya yang telah memulakan kerja-kerja lebih awal.

“Itu sebabnya BN telah umum seminggu lebih awal nama calon sebelum hari penamaan calon,” katanya ketika ditemui media di Dewan Tunku Ibrahim Ismail di sini hari ini.

Jelas Datuk Seri Zahid cabaran BN di Mahkota adalah untuk meyakinkan pengundi yang berada di luar Kluang balik mengundi pada 28 September ini.

“Kita dapati bahawa kira kira 50% pengundi di DUN Mahkota merupakan pengundi yang tinggal di luar kawasan DUN Mahkota.

“Bukan hanya di luar kawasan Kluang dan ramai juga bekerja di Singapura. Tetapi kita melalui rundingan parti komponen parti Kerajaan Perpaduan kita cari jalan minta mereka pulang untuk mengundi pada tarikh pengundian,” ujarnya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini