Tumpuan :
Politik

PRK DUN Ayer Kuning: MIC, MCA Tapah akur calon pilihan BN Perak

Oleh: Kumaran Rajamoney

TAPAH: MIC dan MCA Tapah menyerahkan perkara berkaitan pemilihan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) Perak.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M.Saravanan berkata, perkara itu diputuskan Jawatankuasa BN selepas UMNO Tapah menyenaraikan enam calon daripada peringkat kepimpinan bahagiannya.

“Kita sebulat suara memutuskan untuk menyerahkan soal pemilihan calon kepada kepimpinan negeri dan pusat. BN Tapah akan terima dan bekerja kuat untuk kemenangan calon yang dipilih.

 

“Dalam empat pilihan raya sebelum ini, BN berterusan mendapat mandat memuaskan dari pengundi Melayu. Hubungan kita sangat rapat dengan pengundi pelbagai kaum di sini dan saya yakin kita akan dapat mandat yang sewajarnya,” katanya yang juga Ahli Parlimen Tapah.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M.Saravanan

Mengulas perkara sama, Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, gerak kerja yang berterusan diperlukan setiap parti komponen bagi memastikan kemenangan dengan majoriti yang memuaskan.

“Saya rasa walaupun kita berharapan penuh dapat merai kemenangan dengan majoriti yang besar, tetapi kita tidak boleh ambil mudah tidak boleh ambil sambil lewa. Kita kena kerja keras untuk menunjukkan kekuatan kita.

“BN kalau dapat sokongan kepada parti komponen dalam PH, saya rasa itu satu bonus,” katanya ketika ditemui pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa BN Tapah di sini, hari ini.

Hadir sama, Pemangku Ketua UMNO bahagian Tapah, Khairul Azmi Ghazali.

PRK Ayer Kuning diangka diadakan susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin pada 22 Februari lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi urusan PRK DUN Ayer Kuning pada 7 Mac ini selepas menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berhubung kekosongan luar jangka kerusi DUN berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini