comscore
Tumpuan :
Politik

 Politik ini bukan boleh janji bulan dan bintang – Anwar 

SIK: Perdana Menteri  mengingatkan pemimpin politik agar tidak ghairah menabur janji bulan dan bintang bagi mendapatkan sokongan rakyat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengalamannya selama berpuluh tahun termasuk pernah dipenjarakan membuatkan beliau menjadi dewasa dalam berpolitik.

“Ujian itu mendewasakan kita, sekarang ini saya sudah jadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan kritik lah saya, beritahu mana yang tak betul.

“Politik ini bukan boleh janji bulan dan bintang, bukan perlawanan pidato, apa lagi dok mengata kat orang,”katanya ketika berucap padapada Karnival Segalanya FELDA di Padang Awam FELDA Teloi Timur, di sini, hari ini.

Anwar yang juga Pengerusi PakatanHarapan (PH) turutmembidas parti pembangkang yang gagal menyelesaikan kemiskinan tegar sebaliknya mengumpul kekayaan semasa berkuasa.

Katanya, adalah tidak wajar bagi pemimpin Perikatan Nasional (PN)mengkritikkerajaan Madani dalam usaha menghapuskan kemiskinan tegar di seluruh negara berikutan mereka gagal berbuat demikian ketika kuasa selama 33 bulan.

“Nak beli susu pakaian sekolah tak cukup duit, kita nak selesaikan (contoh)kita minta senarai nama jumlah (orang miskin)seluruh Sik, bagi nama yang susah, miskin tegarkita selesaikan tahun ini,” katanya.

Beliau turut meminta agar rakyat tidak tertipu dengan dakwaan parti tertentu bahawa mereka bersih kerana beliau mempunyai bukti ada pimpinan sebelum ini yang ‘sakau-menyakau’.

“Kita ni minyak, gas, ada balak ada, hasil bumi ada, kita hentikan cara sakau ni toksah dengar orang cakap bersih, nak habaq (beritahu) bagi, jangan terpukau tertipu orang Kedah, kami bersih, bersih apa, kontrak hangpa sapu.

“Tanya aku ni Menteri Kewangan, fail ada kat aku, saya bukan fitnah orang, saya menyampah orang bercakap.. Tapi tak amalkan,”katanya.

Anwar, bagaimanapun tidak menamakan mana-mana pemimpin yang dimaksudkannya.

Loading...
Terkini