Tumpuan :
Politik

 PN yakin tawan kubu Ahmad Said

Ketua Badan Pimpinan BERSATU Terengganu, Datuk Razali Idris. Foto :NSTP.

MARANG: Perikatan Nasional (PN) yakin mampu menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal yang dipegang bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Calon PN bagi kerusi itu, Datuk Razali Idris yang juga Ketua Badan Pimpinan BERSATU negeri Terengganu, Datuk Razali Idris berkata ia seiring minat pengundi muda untuk memilih calon daripada generasi baru.

“Maksudnya pengundi hendak cuba muka-muka baru orang yang lebih junior untuk memberi khidmat kepada masyarakat,” katanya.

Tambah Razali, beliau yakin dengan jentera PN yang ada di DUN Kijal, mampu memberi tentangan yang sengit kepada Ahmad Said.

Ini boleh dilihat daripada penyusutan undi yang diperolehi oleh Barisan Nasional (bagi DUN Kijal) ketika tewas kepada PAS bagi kerusi parlimen Kemaman dalam pilihan raya umum (PRU) ke-15 yang lalu.

Untuk rekod, Ahmad Said adalah penyandang kerusi DUN Kijal untuk tempoh lima penggal berturut-turut sejak tahun 1990.

Dalam PRU-14, beliau menang dengan majoriti 1,265 menewaskan calon PAS, Nazri Jusoh dan calon PKR, Datuk Seri Wan Marzuki.

Razali ditemui selepas Majlis Pengisytiharan Calon PN/PAS di Dewan Tok Guru, Rusila, di sini semalam.

Beliau yakin sekiranya Bersatu memenangi semua lima kerusi DUN yang diperuntukkan kepada parti itu, ia mampu memberi bonus kepada PAS dalam membentuk kerajaan negeri selepas pengundian pada 12 Ogos depan.

Artikel berkaitan : PRN Terengganu akan dibuat serentak dengan negeri lain

Loading...
Terkini