Tumpuan :
Politik

PN main peranan semak dan imbang dalam Parlimen – Muhyiddin 

Foto NSTP: Tan Sri Muhyiddin Yassin

PETALING JAYA: Perikatan Nasional akan memainkan peranan semak dan imbang dalam Parlimen dengan membawa suara rakyat selaras dengan prinsip Demokrasi Berparlimen.

Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan di facebook berkata, dalam bergerak ke hadapan, PN akan meneruskan perjuangan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara berpandukan prinsip Prihatin, Bersih dan Stabil.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri baharu.

Loading...
Terkini