comscore
Tumpuan :
Politik

PN kemuka nama calon Menteri Besar dalam masa terdekat – Muhyiddin

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama ketua dan pemimpin kanan parti komponen PN di sidang media di Hotel Concorde Shah Alam semalam. – Foto: NSTP/Aswad Alias.

SHAH ALAM: Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan nama calon Menteri Besar di ketiga-tiga negeri yang dimenangi gabungan itu pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini dalam masa terdekat.

Pengerusi PN yang juga Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ini bagi mendapatkan perkenan daripada Sultan di negeri terbabit iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“Kalau sekiranya nama-nama itu telah diperkenankan maka upacara angkat sumpah akan ditetapkan, mungkin dalam tempoh beberapa hari akan datang,” katanya pada sidang media di sini.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai serta kepimpinan tertinggi gabungan itu.

Pada PRN kali ini, PN menang di Kelantan, Terengganu dan Kedah selain kerusi Parlimen Kuala Terengganu serta 11 kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, 22 di Selangor dan lima di Negeri Sembilan. — BERNAMA

Loading...
Terkini