| Oleh: Kumaran Rajamoney
SUNGAI PETANI: Perikatan Nasional (PN) negeri Kedah telah memuktamadkan senarai nama calon Parlimen di negeri itu bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Pengerusinya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, senarai itu akan diserahkan bagi pertimbangan PN pusat pada 16 Oktober ini.
“PN dari semua negeri dijadual menyerahkan nama calon pada tarikh sama. Di Kedah kita sudah selesai dengan proses pemilihan calon.”
“Semua calon yang ada ini muda-muda belaka. Semua “handsome” dan “lawa”,” katanya.
Muhammad Sanusi berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat exco di sini.
15 kerusi parlimen dipertandingkan di negeri itu.
Untuk rekod, pasca PRU14 sejumlah 7 kerusi disandang wakil Pakatan Harapan, Perjuang (3), PAS (3) dan UMNO (2).